Permintaan Cadangan (RFP) untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi

GASBP kini sedang merancang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi bagi tahun 2025. Matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan di kalangan ahli-ahli gabungan. Untuk memastikan kejayaan setiap acara yang dirancang, kami bercadang untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada ahli-ahli gabungan melalui proses Request for Proposal (RFP). Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput ahli-ahli gabungan yang berminat untuk menyediakan kertas kerja lengkap bagi penganjuran acara sukan tertentu.

Sukan-sukan yang menjadi tumpuan GASBP termasuklah:-

  • Bola Sepak
  • Bola Keranjang
  • Kriket
  • Ragbi
  • Bola Jaring
  • Bola Tampar
  • Golf
  • Ping Pong
  • Badminton
  • Hoki
  • Snuker

Acara Sudah Dijadualkan:-

  • Bola Keranjang (anjuran EXSEMESDIAN & ASTA melalui HoopHood Basketball) - September 2025 hingga Disember 2025
  • Bola Sepak (anjuran SHAH PEKAN) - Julai 2025 hingga September 2025

Kertas kerja yang disediakan perlu merangkumi perancangan yang teliti, termasuk anggaran kos serta cadangan pengurusan bagi setiap sukan yang dipilih. Kertas kerja ini boleh disediakan dalam bentuk dokumen Word atau slaid pembentangan. Kami berharap agar ahli-ahli gabungan dapat memberikan input yang konstruktif dan bekerjasama dalam menjayakan program ini. Sokongan dan komitmen anda semua amatlah dihargai untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat.

Muat Turun Garis Panduan

A.Muthalib Zulkarnain
Exco Sukan dan Rekreasi
Gabungan Persatuan Alumni SBP