Objektif Penubuhan
Gabungan Alumni Sekolah Berasrama Penuh ini ditubuhkan dengan objektif-objektif seperti berikut:-
- Berperanan secara aktif sebagai “intermediate organisation” yang mengetengahkan pendirian, pandangan serta suara para alumni Sekolah Berasrama Penuh berhubung dengan Sekolah Berasrama Penuh;
- Muncul sebagai sebuah NGO yang relevan dan unggul dalam memperjuangkan kepentingan dan kemapanan institusi Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia;
- Berfungsi secara aktif dan positif sebagai “rakan kongsi strategik” kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah (BPSBP) berhubung dengan dasar dan kemajuan Sekolah Berasrama Penuh;
- Mengenalpasti, mengartikulasi, menghurai, berbincang serta mengetengahkan pelbagai isu dasar berkenaan SBP menerusi pelbagai medium seperti dialog, forum, bengkel, persidangan dan sebagainya.